Assalamualaikum semua..........huwaaaaaaaa dah lame sesangat dah x update blog ni.. last post time cuti semester 5...aduyai sekarang ni saya dah habis belajar dan Alhamdulillah saya dah kawan2 semua dah graduate di menara ilmu tercinta ni universiti sains malaysia. perjalanan selama 3 tahun sebagai pelajar undrgraduate untuk ijazah sarjana muda sastera banyak dugaan dan ujian tapi semua alhamdulillah dapat diharungi dengan baik kerana ada sahabat2 sekeliling sgt membantu dan sokongan keluarga yg sgt kuat. usaha kami akhirnya membuah hasil dengan segulung ijazah... gembira bahagia semua tidak terkata... hanya Allah sahaja mengetahui... dalam keseronokkan dan kegembiraan ni ade juge terselit rase sedih kerana sudah tiba masanya kami sahabat2 akan berpisah dan berjauhan dengan kehidupan masing2... saya sayang korang... terima kasih semua...korang sahabat terbaik saya... serius sangat2 rindukan korang... saya masih ingat betapa susah payah kita harungi ujian dan dugaan bersama2 tapi semua jadi mudah bila kita sume bersame dan sokongan dari keluarga... kita pernah menangis, tekanan, bayak masalah dan macam2 lagi... tapi semua nya sudah kita dapat hasinya kemanisan buah yg selama ini kita diuji... kalu nak cita tentang perasaan ni memang x abis sebab susah nak ungkapkan sgt banyak dan subjektif. jadi saye nak cita pengalaman sebelum dan sepanjang konvokesyen saya berlansung. sebelum hari konvo sibuk mencari kasut ngan baju yang sesuai untuk konvo konon2 nak meletup la katekan hahaha semua mall satu penang ni cari baju kasut tudung yg sesuai dan x lari bajet hehehe last jumpe kasut hitam tutup dengan baju orens peach sikit dan tudung orens blens pink... hahaha penat cari sampai jadi tension... bila semua ni dah selesai kami semua sibuk mengambil jubah untuk konvo... ok untuk siswazah ijazah sarjana muda sastera (kepujian) atau humanities school jubah kami semua satu usm warne purple tapi kalung je berbeza dan bagi school kami dapat warna kesukaan saya kalung warna pink hahaha jangan jelous... jadi semasa mengambi jubah kami perlu ukur ketinggian untuk menentukan saiz jubah yg bakal diambil jadi saya dapat jubah saiz 42... selepas itu kami diminta membuat pendaftaran dan terus ke bilik jubah untuk mendapat jubah, kalung dan topi bebulu hahaha... bila pakai dengan terujanya rasa jubah yang dipakai agak singkat nampak x cantik so mane boleh camtu... jadi pegi tukar kepada saiz 46 x silap la dah lupa ok baru sesuai comei gitu macam pengguin... semua teruja pakai jubah x sempat2 macam hari tu plak konvo... saya pun ambil kesempatan ambil gambar dengan major class saye yg sangat saye rapat...
hahaha ni sume gambar masa hari mengambil jubah konvo belum lg hari konvo betul macam2 lg gambar.
sebelum hari konvo sebenar kami ada sesi rehearsel untuk majlis sebenar berjalan lebih lancar dan sempurna. kami semua diminta berkumpul pada malam 20 hb... mlm tu jadi malam reunion plak jumpa semua kekawan balik yg dah dekat sebulan lebih x jumpa macam2 cita keluar hahaha sampai dewan pun jadi riuh rendah. hari konvokesyen saya jatuh 21 hb september 2013 hari sabtu pada sidang keempat pukul 9.00 pagi di Dewan Tunku Syed Putra (DTSP). hari yang dinanti tiba... hahaha pagi2 dah serabut menyiapkan diri dengan jubah la dengan family lagi sebab hari tu memang ramai orang. jadi bila nak siap pakai baju tudung semua semasa pemakai jubah konvo kena teliti supaya nampak kemas jadi kena sediakan banyak pin untuk jubah x jatuh dan kemas x lari... kami semua disediakan dewan untuk mengemaskan pakaian dan jubah sebelum masuk ke dewan DSTP. sebelum masukpintu dewan DSTP kami akan dikemaskan jubah oleh ahli jawatan kuasa yg bertugas bila dah betul2 kemas dan menepati syarat pemakaian dalam majis konvokesyen barulah kami dapat masuk ke dalam dewan di tempat duduk mengikut kad nama yg telah diberi pada kami semasa pengambilan jubah hari tu. konkesyen sidang keempat itu hanya ada dua school iatu humanities dengan kalung pink dan pengurusan dengan kalung grey... memang ramai walaupun hanye dua school... kami dipanggil mengikut school selepas itu major dan huruf pangkal nama.... huwaaaa memang la org kate ketaq la tunggu giliran tapi bagi saye ntah x rase ape2... syukur alhamdulillah saye pegi dengan tenang ambil scroll tu tanpa jadi ape2 yg pelik hahaha. apabila dekan memangil pusat pengajian dan seterus memangil nama mengikut giliran setiap siswazah perlu berjalan ke hadapan dan akan sekali lagi di kemaskan pakaian oleh jawatankuasa yg bertugas sterusnya kad nama kita akan scan supaya nama kita akan keluar apabila kita mengambil scroll. diatas pentas itu ada 3 titik dimana kita secara giliran akan berhenti seketika untuk menunggu giliran kita diambil... setelah nama disebut berjalan dengan perlahan ke pro canselor senyum tunduk ambil scroll dan ucapkan "terima kasih pro canselor"... da n berjalan kehadapan dengan perlahan dan baik agar gambar kita nanti cantik hahahaha... semasa menunggu org lain abik scroll sangat membosankan sebab x boleh menyembang huwaaaa dah la ramai...ye la group paling awal naik pentas tunggu yg lain jd bosan plak hahaha hasilnya ramai yg tido zzzzZ... yg saye skema sgt x bawak phone hahaha padahal nya ramai yg selamba bawak sebaik muzik yg dimainkan orkestra muzik tradisional kegemaran saya...terbaikkkk....keluar je dari dewan jenuh payah cari keluarga x jumpa... memang susah la terselit di ribuan manusia ni hahaha akhirnya abg ipar jumpa saya hehehe terjumpe juga keluarga akhirnya... memang posing la bergambar dengan keluarga x terkata tapi yg terkilan x jumpe sume kawan nak bergambar... ye la masing2 sibuk dengan keluarga masing2...akhir kata hari konvokesyen memang hari yang menyeronokkan dan memenatkan hahaha.... selamat hari bergraduasi semua... terima kasih mak dan keluarga yang menyokong selama ini, terima kasih pensyarah2 di atas ilmu yg sgt berguna dan terima kasih sahabat2 tersayang dan x lupa terima kasih semua utk usm dari pekerja shingga di pihak atasan.... akhir sekali terima kasih diatas ucapan, hadiah dan sebagainya serta paling penting terima kasih mak dan keluarga kerana datang meraikkan hari graduasi saye ni... ok kat bwah ni ade gambar sikit tapi bukan gambar hari graduasi tapi hanye gambar pre convo sebab semua gambar hari konvo sbenar ade kat akak dan abang x de dalam simpanan saye... Universti Sains Malaysia terrrrbbbbaaaaaiiiikkkkk larrrrrhhhh.....
No comments:
Post a Comment