kisah ni dah lama lepas tapi nak cite kembali kenangan yg sangat manis & pengalaman yg sangat banyak saye dapat..... semester lepas tahun dua semester dua kami dah kene wat final projek untuk asingment paper major sastera.... paper ini diajar oleh oleh lecturer yg sangat berdedikasi iaitu DR Rahimah. teater yang diadaptasi daripada karya yang teramat tua dalam kesusasteraan Sunda yang diwarisi secara pusaka turun- temurun dalam masyarakat Sunda iaitu "Sangkuriang Tangkuban Perahu"....
Drama Sangkuriang Tangkuban Perahu hasil ciptaan R.T.A Sunarja merangkumi enam bahagian dan beberapa bahagian mempunyai dua dan tiga babak. Bahagian satu dan dua tidak mempunyai babak, bahagian tiga pula dipecahkan kepada tiga babak. Manakala bahagian empat terdapat dua babak dan bahagian lima tiada babak. Bahagian keenam mempunyai dua babak. Pada bahagian pertama mencerita tentang seorang puteri raja bernama Dayang Sumbi telah bermukah dengan Menteri Dalam sehingga Dayang Sumbi mengandung Dayang Sumbi merasa malu dan bersalah atas keterlanjurannya membuat keputusan untuk meninggalkan istana pergi ke hutan untuk bertapa menyucikan dirinya. Di dalam hutan itu Dayang Sumbi hidup bersendirian bersama anaknya Den Sundara. Pada satu hari Menteri Dalam datang menziarahi Dayang Sumbi dan anaknya untuk meminta pulang ke istana tetapi Dayang sumbi dengan pendiriannya tidak mahu pulang menyebabkan Menteri memujuk dan memaksanya. Tindakan Menteri Dalam terhadap Dayang Sumbi disaksikan oleh Den Sundara yang begitu marah seterusnya memanah ayahnya terkena jantung sehingga mati. Dayang Sumbi yang begitu marah dengan Deng Sundara, telah memukul kepala anaknya sehingga berlumuran darah dan hilang ingatan. Pada bahagian kedua hingga bahagian 5 menceritakan Deng Sundara diberi nama Sangkuriang Sunan oleh Ambu membawa diri ke dalam hutan dan dijaga oleh Nenek dan Kakek Djurutani sehingga dewasa. Setelah dewasa Sangkuriang pergi bertapa di Gunung Dieng diringi oleh Ki Sulang dan Ki sulang untuk berguru dengan Pendeta Adjar Amarwati. Sangkuriang telah menyukai dengan anak angkat Pendeta iaitu Iriwati. Sangkuriang pergi mengembara meninggalkan Iriwati yang sedang mengandung dan Sangkuriang dijadikan Raja negeri Taruma oleh Sang Ratu serta ditunangkan dengan Putri Kalingga Kemanaku Sang Maharatu Jang. Dalam Perjalanan Sangkuriang ke negeri Taruma, dia telah bertemu dengan Iriwati yang tengah sarat mengandung dan Sangkuriang telah bersikap kejam terhadap Iriwati. Dalam bahagian enam bahagian kilmaks menceritakan Sangkuriang menunda perjalanan ke Taruma kerana telah jatuh hati pada Dayang sumbi tetapi setelah Sangkuriang menberitahu tentang keadaan ketika dijumpai Nenek dan Kakek Djurutani serta orang lain mengatakan dia juga sebenarnya cucu raja menyebabkan Dayang Sumbi mengetahui sebenarnya Sangkuriang adalah anaknya. Dayang Sumbi menolak permintaan Sangkuriang untuk menikahinya tetapi Sangkuriang memaksa menyebabkan Dayang sumbi terpaksa membuat beberapa Syarat. Sangkuriang tidak memenuhi syarat kerana tidak menyiapkan perahu sebelum matahari terbit. Sangkuriang memaksa Dayang sumbi berkahwin denganya dan menuduh Dayang Sumbi menggunakan Sihir sehingga Matahari terbit sebelum waktunya tetapi sudah kehendak dewa. Akhirnya Sangkuriang tenggelam di dasar dan ditangisi ibunya Dayang Sumbi. Terbentuknya gunung berbentuk perahu yang tertangkup yang diberi nama Gunung Tangkuban Perahu. itu lah ceritanya..... banyak pengalaman yang kami perolehi dan kenangan serta sahabat taulan sepanjang kersama & usaha keras kami menhasilka teater.... alhamdullillah teater kami dapat sambutan student universiti sains malaysia....gembira sangat dan rase usaha kami selama ini sangat berbaloi dan terbayar... saye juga salah seorang yang mengambil bahagian watak2 dalam tetare ni...saya diberi tanggungjawab memegang watak nenek djurutani dalam teater.... saye rase sangat bertuah dan bangga kerana diberi peluang untuk menjadi salah seorang dari pelakon teater ini... alhamdulillah semua dah selesai dengan baik.... semoge hubungan yang terjalin bermula di sini akan kekal ukwah sampai bila2.....
![]() |
poster teater kami ^_^ |
ini semua gambar dalam teater
inilah antara gambar2 yang terpilih & mampu saye masukkan lam my cute blog ini...memang sgt banyak lam folder... ^_^
Schöne Bilder und viele Grüße aus Germany
ReplyDelete