Satu Cerita Cinta
Di hari ia melahirkan cintanya
ia berkata kepada kekasihnya:
'Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta'.
Di hari perkahwinannya
ia berkata kepada kekasihnya:
'Perkahwinan ini adalah ikatan
tapi kita tidak usah terikat kerananya
kita terikat kerana cinta
hanya kerana cinta'.
Di hari-hari kemudiannya
ia berkata kepada dirinya:
'Perkahwinan kadang-kadang mengajar kita
melupakan cinta
untuk belajar hidup bersama'.
(Zurinah Hassan)
No comments:
Post a Comment